Kes ke 26 ialah perempuan berumur 18 tahun dan kes ke 27 juga perempuan berumur 17 tahun. Kedua-dua pesakit adakah merupakan adik-beradik tiba ke negara ini pada 24 Jun 2009 setelah berkunjung ke London melalui Dubai dengan menggunakan penerbangan BI098. Mereka menunjukkan tanda-tanda penyakit pada 26 Jun 2009 dan mendapatkan rawatan pada keesokkannya.
Kes ke 28 ialah seorang perempuan berumur 38 tahun dan kes ke 29 ialah anak damit berumur 3 tahun. Kedua-dua pesakit berkenaan adalah kontak kepada kes ke 24 (iaitu seorang penumpang lelaki berumur 35 tahun dalam penerbangan BI098 yang tiba di negara ini pada 24 Jun 2009 dari London melalui Dubai).
Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan bahawa lima lagi pesakit Influenza A (H1N1) yang dilaporkan sebelum ini telahpun sembuh dan dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes-kes yang telah sembuh dan keluar dari hospital berkenaan seramai sepuluh (10) orang.Kementerian Kesihatan juga memaklumkan dari 29 kes yang telah disahkan juga melibatkan seramai 209 kontak terdekat yang perlu dikurantin selama 7 hari. Kontak-kontak tersebut tidak mempunyai simptom penyakit. Walau bagaimanapun, oleh sebab pendedahan kepada kes, mereka perlu diasingkan dan telahpun diberikan rawatan tamiflu sebagai pencegah. Kebanyakkan dari mereka ini sedang dikurantin di rumah masing-masing. Kementerian Kesihatan sekali lagi menasihatkan orang ramai yang baru pulang dari luar negara supaya akan mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari. Mereka juga dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera, jika menghidap simptom-simptom penyakit. Disamping itu, langkah-langkah kewaspadaan perlu diambil dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa. Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 pada waktu bukan bekerja.
-TAMAT-












.jpg)
.jpg)
.jpg)
BRO FAKHRI AND ME YANG PAKAI CAP..jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)







.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)



