Jenayah pembunuhan kanak-kanak menjadijadi di Jerman terutama di wilayah timur kerana desakan hidup SEORANG remaja perempuan dan adik lelakinya terkejut besar ketika menyelongkar peti sejuk keluarga mereka bagi mencari pizza pada 4 Mei lalu. Mereka dapati peti sejuk itu tidak saja dipenuhi makanan tetapi juga tiga mayat bayi yang dibungkus dalam beg plastik dan surat khabar dipercayai sejak 20 tahun lalu. Penemuan yang berlaku di bandar Wenden-Möllmicke itu amat mengejutkan penduduk Jerman kerana mayat bayi itu dipercayai sudah mati dan disembunyikan terlalu lama. Lantaran terlalu lama disejukbekukan, polis terpaksa menunggu mayat bayi itu mencair bagi membolehkan mereka menyiasat punca kematian. Mereka bagaimanapun mengemukakan teori peringkat awal bahawa bayi itu masih hidup ketika dilahirkan tetapi akhirnya mati atas ‘sebab’ tertentu. Penemuan jenayah itu diceritakan penyiasat polis, Herbert Fingerhut: ketika itu ibu dan bapa keluarga berkenaan tidak ada di rumah dan anak perempuan mereka yang berusia 24 tahun dan seorang daripada adik lelakinya berasa lapar.
“Mereka ingin mengambil pizza. Ketika menyelongkar peti sejuk itu, mereka mendapati ia dipenuhi makanan yang tamat tempoh lalu memutuskan untuk membersihkannya. Ketika itulah mereka menemui beg mayat pertama,” katanya. Sebaik ibu bapa mereka pulang, kedua-dua remaja itu memberitahu mengenai perkara itu dan mereka kemudian melaporkannya kepada polis. Polis kini menahan si ibu yang berusia 44 tahun dan mengesyaki wanita gemuk yang berada di bawah pemerhatian kesihatan itu merahsiakan kandungannya daripada suami dan tiga anaknya yang berusia 24, 23 dan 18 tahun. Jenayah bunuh bayi itu bukanlah yang pertama berlaku di Jerman kerana sejak beberapa tahun lalu, pelbagai kes sama dilaporkan - mayat bayi disembunyikan di dalam bilik bawah tanah, pasu bunga malah di dalam akuarium.
Tragedi paling menggemparkan membabitkan Sabine Hilschenz. Pembantu doktor gigi yang diceraikan itu membunuh sembilan bayi yang dilahirkannya sebelum mayat bayi itu disembunyikan antaranya dalam timba dan tangki ikan lama. Wanita itu memberitahu polis yang dia mabuk ketika melahirkan bayi terbabit malah tidak ingat macam mana anaknya itu mati. Lebih pelik adalah dia akan bercakap dengan pasu bunga yang menjadi tempat ‘persemadian’ bayi yang dibunuhnya. Hilschenz kini menjalani hukuman penjara 15 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan lapan kematian. Pada minggu terakhir tahun lalu pula, dua wanita lain ditahan selepas mayat kanak-kanak ditemui dalam rumah mereka. Dalam satu kes di bandar pelabuhan Kiel, wanita berusia 31 tahun ditahan kerana disyaki membunuh lima anaknya yang berusia dari tiga hingga sembilan tahun. Pada masa sama, polis di Plauen iaitu di timur Jerman menahan seorang wanita selepas tiga mayat bayi ditemui di dalam bilik bawah tanah, di beranda dan di dalam peti sejuk. Kebanyakan kes pembunuhan bayi dan kanak-kanak itu berlaku di timur Jerman iaitu kawasan miskin berbanding di kawasan barat. Seorang ahli politik kanan di timur pernah digesa supaya meletak jawatan selepas dia mencadangkan supaya wanita di kawasan itu mengamalkan 'pendekatan lebih kasual ke arah kehidupan baru' berbanding di barat.

INFO Kes
Tiga mayat bayi dijumpai disembunyikan dalam peti ais pada 4 Mei 2008
Mayat bayi dibungkus dalam beg plastik dan surat khabar
Lokasi penemuan di Wenden-Möllmicke, Jerman
Polis menahan si ibu berusia 44 tahun bagi membantu siasatan

No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT