.jpg)
.jpg)
ANI BEBERAPA PICS YANG DAPAT KU AMBIL DI HIWAY JERUDONG..MANA INDA MUDAH TEBAKAR HUTAN ANI..KERING BANAR BAH DAUNNYA...HUHU...ANIWAYS...INFO:BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat bahawa sepanjang tempoh Mei hingga 16 Jun 2009, jabatan berkenaan menerima 287 panggilan kebakaran hutan dan 218 kebakaran belukar yang mencatatkan keluasan kebakaran 665.38 hektar.
Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah panggilan kebakaran hutan dan belukar tertinggi iaitu sebanyak 297 panggilan diikuti daerah Belait sebanyak 122 panggilan, daerah Tutong menerima 83 panggilan dan daerah Temburong dengan 3 panggilan.
Sehubungan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka ekoran kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Kaji Cuaca, Jabatan Penerbangan Awam yang meramalkan negara ini akan mengalami musim kering sepanjang tempoh tiga bulan.
Akibat fenomena berkenaan beberapa kejadian kebakaran hutan dan belukar berlaku di beberapa kawasan di Brunei dan juga di negara jiran yang mengakibatkan keadaan sedikit berjerebu.
Sehubungan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat mengingatkan orang ramai termasuk pekebun, pemancing ikan dan pemburu di kawasan perhutanan serta mereka yang melakukan kegiatan perkhemahan di hutan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka ketika musim kering ini.
Mereka disarankan supaya tidak membuat pembakaran tanpa pengawasan dan supaya memastikan api dipadamkan sepenuhnya sebelum meninggalkan tempat perkhemahan.
Pengguna jalan raya juga disarankan supaya tidak membuang puntung rokok di merata tempat manakala pihak pemaju yang ingin membakar tebasan mereka hendaklah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan kebenaran.
Jabatan berkenaan juga menyarankan orang ramai supaya menghubungi Balai Bomba berdekatan atau talian kecemasan 995 jika berlaku sebarang kecemasan serta menasihati mereka supaya tidak mengambil tindakan tanpa memikirkan keselamatan diri mereka terlebih dahulu.

No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT