AddyFahmi

AddyFahmi

Saturday, July 4, 2009

Setakat jam 4 petang hari ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan dua puluh tiga (23) lagi kes terbaru Influenza A (H1N1), menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 124 kes. Dari jumlah ini, seramai 50 orang pesakit telah menamatkan rawatan sementara 186 kontak terdekat pesakit juga telah menamatkan tempoh kurantin. Penyiasatan lanjut masih dijalankan bagi kes-kes Influenza A (H1N1) terbaru.Kementerian Kesihatan terus mengingatkan orang ramai bahawa walaupun jangkitan Influenza A (H1N1) adalah pada kebiasaannya tidak begitu teruk, ia boleh menjadi membahayakan bagi pesakit-pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti:

penyakit paru-paru kronik;
penyakit jantung kronik;
penyakit buah pinggang kronik;
penyakit hati kronik;
penyakit neurologikal kronik;
kurang daya imuniti; dan
penyakit kencing manis
Dari itu, orang ramai adalah juga diingatkan untuk meningkatkan kewaspadaan kerana:

Penyakit Influenza A (H1N1) mudah berjangkit dan akan menyebabkan ramai orang akan jatuh sakit dan akan menjejaskan kehidupan seharian orang ramai;
Kemungkinan terjadinya perubahan genetik kepada virus Influenza A (H1N1) kepada virus yang lebih merbahaya;
Masih belum ada vaksin bagi mencegah jangkitan Influenza A (H1N1).
Memandangkan peningkatan kepada jumlah kes yang dilaporkan, Kementerian Kesihatan ingin terus menekankan pentingnya orang ramai untuk mematuhi peraturan melawat pesakit di hospital-hospital kerajaan iaitu:
Melawat pada masa yang ditetapkan sahaja.
Menghadkan 2 pelawat bagi setiap pesakit.
Tidak membawa kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah untuk melawat pesakit di hospital.
Memakai penutup muka (“mask”) jika melawat ke hospital.
Mereka yang baru balik dari luar negara adalah dinasihatkan untuk tidak melawat pesakit di hospital dalam masa tujuh hari pertama selepas ketibaan mereka. Nasihat yang sama adalah juga diberikan kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit influenza.Untuk sebarang pertanyaan dan makluman, orang ramai bolehlah menghubungi talian 145 pada waktu bekerja dan 8220991 di luar waktu berkerja.
-TAMAT-
Tarikh : 11 Rejab 1430 / 4 July 2009

No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT