AddyFahmi

AddyFahmi

Tuesday, August 4, 2009

Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana
> > buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit
> > dan diganti dengan buku catatan yang baru.
> >
> > Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan
> > bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban
> > bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk
> > maghrib)
> >
> > Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu
> > Sya'aban:
> >
> > 1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban)
> > Solat sunat Nisfu Sya'aban, 2
> > rakaat
> > Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah
> > Al-Qadar 1x
> > Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah
> > Al-Ikhlas 3x
> >
> > 2. Membaca Yaasin 3x selepas solat Maghribnya (15
> > Sya'aban)
> >
> > i) Selepas Yaasin pertama : mohon
> > doa dipanjangkan umur untuk beribadat kepada
> > Allah
> >
> > ii) Selepas Yaasin kedua : mohon doa
> > mendapat rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
> >
> > iii) Selepas Yaasin ketiga : mohon doa
> > ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
> > & pohonlah segala yang baik....
> >
> > Kemudian baca Istighfar
> > 11x & selawat 11x
> > Baca doa Nisfu Sya'aban
> >
> > 3. Baca surah Al-Ikhlas 1000x
> >
> > 4. Berpuasa pada siangnya
> >
> >
> > Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu
> > Syaaban sebanyak 22.
> > Antaranya yg termasyhur adalah:
> > 1. Malam Dimustajabkan Doa
> > 2. Malam Pembahagian Takdir
> > 3. Malam Rahmat
> > 4. Malam Berkat
> > 5. Malam Pengampunan (Taubat)
> > 6. Malam Penebusan
> > 7. Malam Syafaat
> > 8. Malam Penulisan
> > 9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
> > 10. Malam Rezeki
> > 11. Malam Hari Raya Para Malaikat
> > 12. Malam Penghidupan
> >
> >
> > Antara kelebihan bulan Sya'aban:
> >
> > 1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka
> > Allah haramkan tubuhnya dari api neraka
> > dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah
> > Yusof didalam syurga.
> >
> > 2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As,
> > Sabda Nabi Muhammad SAW :
> > Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya,
> > Allah turun ke langit dunia lalu berfirman :
> > Adakah orang-orang yang meminta maka Aku
> > perkenankan permintannya,
> > Adakah orang yang meminta ampun maka Aku
> > ampunkannya,
> > Adakah orang yang bertaubat maka Aku terima
> > taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki &
> > perempuan,
> > melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam
> > marah hatinya kepada saudaranya.
> >
> > Sebaik-baiknya
> > minta ampun dengan ibubapa sebelum Hari Nisfu Sya'aban,
> >
> > kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit
> > sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
> >
> >
> > Wallahua'alam.
> >
> >
> >
> >
> > JADI MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI
> > BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL IBADAT YANG
> > LEBIH
> > DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA
> >
> > AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK BERPUASA PADA 15
> > SYAABAN NANTI
> > KERANA KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA
> > BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA TAHUN HADAPAN...

No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT