Saturday, August 22, 2009

PUASA DARI SUDUT KESIHATAN FIZIKAL

Bagi masyarakat Islam yang inginkan kesihatan tubuh badan yang lebih stabil, puasa secara
teratur akan memperbaiki sistem daya tahan badan. Namun begitu, kadang-kala puasa yang tidak
teratur menyebabkan badan menjadi lemah. Oleh itu, pakar sains perubatan telah
mengklasifikasikan puasa seperti berikut:

1. CARA BERPUASA YANG BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN
SEPERTI:-

1.1 Berbuka dengan buah-buahan dan minuman daripada bahan semulajadi. Elakkan
pengambilan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan. Gantikan dengan gula
merah, madu lebah dan jus buah-buahan asli.1

1.2 Disarankan solat maghrib terlebih dahulu kerana memberi peluang kepada perut
supaya mencerna makanan.2

1.3 Semasa berbuka, sebaiknya ambillah makanan yang mudah dihadam,
mengandungi serat dalam kadar yang sedikit, kurangkan makanan yang
berminyak, berempah dan pedas. Perbanyakkan sayuran, tauhu dan kekacang.
Kurangkan pengambilan protein haiwan seperti daging kerana ia makanan yang
paling kompleks dan susah dihadam.3

1.4 Minum air putih atau teh herba yang mengandungi getah anggur, kembang
semangkuk dan biji selasih. Ia bertujuan untuk mencuci usus dan menyenagkan
membuang air besar.

1.5 Elakkan pengambilan kopi dan teh, kerana minuman ini mengandungi kafein
yang boleh memberi banyak rangsangan kepada saraf dan jangtung ketika
berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut kerana
mengandungi asid hidroklorit berlebihan yang menyebabkan gestrik.

1.6 Pastikan karbohidrat di dalam badan mencukupi. Sekiranya tidak mencukupi,
badan akan cepat terasa lemah dan tidak bertenaga di siang hari.4

1.7 Tidak perlu mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya
kerana kandungannya yang berlebihan akan terbuang menerusi air kencing.5

1.8 Rasulullah menyarankan agar melewatkan sahur kerana ia menepati waktu
bersarapan pagi. Kajian pakar sains perubatan di Malaysia dan barat
menunjukkan bahawa makanan yang utama dalam masa 24 jam ialah waktu
sarapan pagi. Ia bertujuan untuk memelihara badan berbanding waktu lain.
Amalan bersahur ini menjadi lebih penting untuk ketahanan badan terutama
kepada kanak-kanak yang dilatih berpuasa kerana glukosa dalam darah akan
menurun selepas bangun tidur.6

1 Fauzynm, Gejala-gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa, http://fauzynm.tripod.com
2 ibid.
3 ibid
4 Maslina Ismail, Tips Gizi Seimbang Semasa Berpuasa, Seri Dewi & Keluarga, September 2004, hlm:45
5 ibid.
6 Dr. Danial Zainal Abidin, Bersahur Dan Penemuan Sains, www.blurty.com


2. BERPUASA YANG TIDAK BERKESAN MENURUT SAINS PERUBATAN:-7

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan puasa tidak mendatangkan kesan yang
baik terhadap tubuh badan kerana:

2.1 Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

2.2 Makan makanan yang pedas, masan, terlalu masin, berempah dan susah dihadam
seperti pengambilan daging terutama bagi pengidap penyakit batu karang, gout
dan alahan.

2.3 Mengulangi makan sepanjang malam.

2.4 Kurang minum air pada waktu malam atau lebih minum air semasa
makan.

2.5 Tidur selepas kenyang makan.

2.6 Tidak mengambil makanan langsung ketika waktu sahur.

3. MAKANAN YANG MENJEJASKAN KESIHATAN SEMASA BERPUASA8

Makanan yang menjejasakan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia dalam
badan seperti:

3.1 Kopi dan teh.

3.2 Air paip yang dimasak dan tidak ditapis.

3.3 Makanan yang mengandungi bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti
burger, sosej, mee segera, air dalam tin, air dalam kotak, nugget dan sebagainya.

3.4 Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia boleh menyebabkan
air bertakung dalam badan (waterrittention).

4. KESAN PENGAMBILAN BUAH KURMA SEMASA BERPUASA9

Kurma adalah sejenis tumbuhan (palma) atau lebih dikenali dalam bahasa saintifiknya
sebagai ‘phonex dactylifera’ yang berbuah. Buah kurma boleh dimakan sama ada yang
masak atau yang mentah. Kebanyakkan pokok kurma tumbuh di negara-negara Timur
Tengah yang terdiri daripada pelbagai jenis. Antara buah kurma yang terkenal ialah
kurma di Mekah dan Madinah.

Kurma mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia menjadi makanan Rasulullah S.A.W.
Rasulullah telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari yang bermaksud:

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh
Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa
Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah

7 Dr. Suriya Osman, Puasa Lancarkan Sistem Penghadaman, www.blurty.com
8 Fauzynm, Gejala-gejala Yang Berlaku Semasa Berpuasa, http://fauzynm.tripod.com
9Dr. Nik Omar Nik Daud, Kurma Mencegah Serangan Strok, www.medic.uum.edu.my

S.A.W. bersabda : Sesiapa yang makan 7 biji tamar ‘Ajwad’ dia
akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Terdapat juga di dalam al-Quran yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ketika
mana Maryam sedang mengandungkan Nabi Isa A.S.

Maksudnya: “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya,
nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak”_25_
(Surah Maryam: 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang
dalam nifas, apabila Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang dalam keadaan
lemah selepas bersalin.

Terdapat penemuan-penemuan yang dilakukan oleh pakar sains perubatan tentang khasiat
buah kurma. Antara khasiatnya:-

4.1 Kandungan Kalium

Kurma boleh menurunkan risiko serangan stroke kerana kandungan kalium yang tinggi.
Nilai kalori ayng tinggi memudahkan ia dicerna oleh tubuh. Kalium amat penting bagi
fungsi tubuh terutama jantung dan pembuluh darah. Fungsi mineral ini membolehkan
denyutan jantung yang teratur, mengaktifkan kontraksi otot dan kestabilan tekanan darah.

4.2 Komposisi Gizi

Buah kurma tidak mengandungi lemak, namun kandungan karbohidrat dapat
membekalkan energi (tenaga) yang yang tinggi. Kandungannya berkisar sekitar 60
peratus pada kurma yang lembek (yang diambil ketika lembek dan mentah) dan 70
peratus pada kurma kering (yang mengering dipohon).

Varietas kurma mengandungi gula glukosa (sejenis gula dalam darah) atau fruktosa
(sejenis gula yang terdapat dalam buah-buahan). Kandungan gula tersebut mudah dicerna
dan mudah dibakar oleh tubuh. Oleh itu, orang yang makan banyak buah kurma akan
menjadi segar dan tahan lapar kerana penyerapan gula dalam badan berada pada tempoh
yang lama.

4.3 Kandungan Vitamin

Buah kurma juga mengandungi vitamin yang penting seperti vitamin A, vitamin B,
tiamin, riboflavin serta niasin. Riboflavin dan niasin akan membantu melepaskan tenaga
dari makanan dan tiamin membantu melepaskan tenaga dari karbohidrat. Vitamin A dab
niasin membantu memelihara kulit yang sihat.

4.4 Kandungan Mineral

Kurma juga mengandungi banyak mineral seperti magnesium, potassium dan kalsium.
Mineral-mineral ini sangat diperlukan oleh tubuh badan. Serat dalam buah kurma
berfungsi mengaktifkan usus yang memudahkan membuang air besar. Dalam kurma juga
terdapat suatu hormon (potuchsin) yang membolehkan pencegahan pendarahan dalam
rahim.
 

blogger templates | Make Money Online