Tuesday, October 13, 2009


Senyum boleh melambangkan betapa bahagianya seseorang itu. Hati yang gembira boleh digambarkan dengan wajah yang gembira. Tetapi tidak semua wajah yang gembira mempunyai hati yang gembira. Kadang kala dengan senyuman, kita boleh menyembunyikan kesedihan dalam hati kita. Walaupun payah untuk diluahkan tapi mungkin dengan menahan kesedihan disebalik senyuman boleh meredakan sedikit luka di hati. Seandainya kesedihan itu berpunca daripada perpisahan, jangan ditangisi akan perpisahan itu. Sebaliknya tangisi pada pertemuan yang berlaku kerana tanpa pertemuaan tiadalah perpisahan. Tiada manusia yang akan sentiasa hidup gembira tetapi ianya bukanlah satu alasan untuk kita hidup sengsar tanpa merasa kepahitan kita takkan merasa kemanisan Kehidupan ini merupakan gabungan antara kebahagian dan penderitaan. Ianya merupakan asam garam kehidupan yang boleh membuatkan kita tabah menghadapi segala halangan yang berlaku. Malangnya hanya manusia yang mengikut kehendak hati tidak dapat menerima penderitaan itu. Jangan sesali apa yang telah pergi, jangan ditangisi apa yang sudah tiada, tetapi sebaliknya bangkitlah, kejar dan bina kebahagiaan kita kembali. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada. Hidup yang akan mendatang tidak akan tercipta tanpa kegagalan pada hari yang lepas. Kalau lah kita tidak mampu mengembirakan orang lain, jangan pula kita menambah kedukaan untuknya. Ketika kita melontarkan sesuatu kata-kata dalam kemarahan, kata–kata itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Tetapi, tidak peduli berapa kali kita meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka kerana kata-kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah. Mungkin memberikan kemaafan amat berat bagi sesiapa yang pernah rasa dilukai. Namun pernahkah kita terpikir bahawa hanya kemaafan itu yang dapat mengubati luka kita??????Kebahagian akan kita temui apabila kita berjaya melupakan masa lalu. Selagi rasa sakit dan dendam menyelubungi hati, mustahil kita akan dapat melangkah untuk mengejar cahaya kehidupan yang cerah.....
 

blogger templates | Make Money Online