assalamualaikum semuanya!
huh.. tinggal beberapa hari saja lagi ku kan mulakan pekerjaan baru di hari, bulan dan tahun yang baru.. dan confirm ramai kawan baru... pergolakkan hidup sentiasa ada.. kadang kita di iringi dengan ketawa tapi kadang kita di iringi oleh kesedihan yang teramat mendalam...
ada yang sedih kerana perkelahian, ada yang sedih kerana masalah rumah tangga, kesedihan manusia dengan manusia yang sangat popular sekarang ani, ialah kesedihan kerana CINTA.
ramai yang mengetahui perkataan cinta, pelajar sekolah rendah pun tahu apa itu cinta, tapi ramaikah yang mengetahui macam mana untuk menerangkan apa makna cinta itu? betul cinta itu buta... dan boleh juga di terima juga pendapat yang mengatakan "hati itu buta"... walhal sebenarnya pendapat ku "minda yang buta". Apa pun, pendapat masing-masing ianya sentiasa terbuka untuk di terima tentang pendapat yang berlainan mengenai cinta,
i love my family, i love my RMD family.. i love my friends, tapi berapa ramaikah yang berkata I LOVE ALLAH?...
im thankful hidup di dunia di limpahi dengan rezeki yang tidak putus-putus. allah mendengar rayuan dan doa hambanya....jadi berdoalah walau bagaimanapun keadaannya... jangan berdoa ketika di timpa masalah sahaja..
cinta: aku inda pernah menerima cinta seindah cinta yang di berikan sekarang ani, aku inda pernah menerima kebahagian yang di berikan sekarang ani... tawa dan gurau senda, kebaikkan hati dan ketulusan jiwa.. semuanya mengalunkan lagu... membuai hati dan sanubari... akhirnya terbuai dalam bahtera yang entah sampai bila bahtera tersebut terapung di atas air...
kini.. cinta semakin mendalam di iringi ombak bertalu-talu menambahkan lagi perasaan cinta... waima ombak bersenjatakan batu-batu laut.. cinta yang ku terima akan sentiasa kukuh sehingga akhir hayatku... cuma.. adakah cinta ku akan menerima balasan setimpalnya?
.jpg)
