Aku bukan mengatakan aku seorang yang sudah matang dan mempunyai banyak pengalaman, kerana masih jauh perjalanan hidup yang perlu aku tempuhi, aku percaya pada qada dan qadar Allah, dan semuanya boleh dirubah dengan doa. Sedikit onak kehidupan yang perlu aku lalui, aku bukan seorang yg ambil endah tak endah, masalah yg ku hadapi tidak ku biarkan begitu sahaja, satu persatu akan ku cuba selesaikan, benda yang memerlukan masa dan perkara yang berkaitan dengan hati. Kali ini dugaan hidupku semakin mencabar, aku lebih rela bersendiri daripada aku menyakiti hati orang lain, bukan kerana aku sombong atau bukan kerana aku tidak memikirkan hati orang lain, cuma itulah caraku untuk menenangkan diriku.. Kisahku akan ku kongsikan hanya pada diriku.. Ada yang mengatakan aku seorang yang memang sukar untuk orang ramal.. "Im complicated" yes.. I am!! kali ini.. Dugaan yg kuhadapi sangat mencabar diriku.. Aku mengambil keputusan untuk bersendiri, tenangkan diri, diam, dan berdoa.. Ini caraku supaya mulutku tidak lancang, laser dan boleh menyakiti hati orang lain, aku lebih rela aku yang sakit, aku yang merana dari membiarkan orang ambil hati dengan kata-kata dan perbuatanku..Sampai bila?? Entah.. Perkara yg sukar ku ramal.. Aku adalah aku.. Dan aku akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik...

No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT