AddyFahmi

AddyFahmi

Monday, May 12, 2014

Terima Kasih kepada yang memberikan ucapan selamat hari jadi.. tahun ini, pelbagai jenis rezeki ku terima.. Alhamdulillah..  walauapapun terima kasih kepada sahabat yang ku sayangi Q'irfan atas hadiah, kejutan dan kek yang diberikan, tidak lupa juga kepada rakan-rakan, Indra, Yanna, dan Faye.. semoga semuanya dalam Rahmat Allah dan semua yang kita lakukan akan mendapat keberkatan. Mungkin kah tahun depan akan bersua lagi seperti tahun ini? kita tidak dapat meramalkan.. tapi apa yang dapat ku katakan.. akan terjadinya mungkin satu perubahan.. JazakAllah..

Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya Allah ..sempena ulangtahun kelahiran sahabatku ini,Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya dari tahun2 sudah.Kurniakanlah kepadanya rezeki yang murah,banyak,berkat dan direstuimu Ya Allah.Jauhkanlah sahabatku ini dari belenggu kesusahan,kemiskinan dan kebuluran darinya dan keluarga.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Bukakanlah pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki,
pintu kesihatan,pintu keselamatan,pintu syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat.
Dan aku jua memohon kepadaMu Ya Allah..
jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan.

Ya Allah...
tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupanku dan keluargaku. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat.J auhkanlah diriku dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah diriku dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhiku dan jauhkanlah diriku dari pengaruh nafsu yang menyesatkanku.

Ya Allah hidupkanlah diriku dengan keimanan dan matikanlah aku bila sampai masaku dalam keimanan. Ya Allah Kau berikanlah padaku kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hatiku dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalanku dan tunaikanlah hajatku baik dalam agama, dunia dan akhirat. Sesungguhnya hakku, engkau yang Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.

Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari diriku dengan cahaya Nur Mu dalam hatiku, telingaku, mataku, kiri kananku, mukaku, belakangku, atas dan bawahku, urat sarafku, dan pada darahku,serta dagingku, rambutku dan lidahku..kaki tanganku dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranKu dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Pekuyang.

Ya Allah, Ampunilah segala dosa2 ku dan kedua ibubapaku serta keluargaku dan semua teman2 ku dan muslimin muslimat...kerana haku Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa.

Ya Allah jadikan diriku seorang mukmin yang soleh kepada semua yang berkaitan denganku.

Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ini..dengan permintaan semoga dikurniakan segala kebahagiaan,kejayaan,kekayaan dan keindahan di dunia dan akhirat. Jadikan diriku hamba yang beriman,bertaqwa,beramal soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala dosaku sedar atau tidak..Amin Ya Allah,Amin Ya Rahman,Amin Ya Rahim,Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT