AddyFahmi

AddyFahmi

Wednesday, May 7, 2014

Perhubungan

Mungkin ada yang beranggapan aku seorang lelaki yang kolot mindanya, terkebelakang perilakunya, dan tersasar sasarannya.. Tapi aku tak peduli dengan apa orang kata.. Mungkin nasihat yang dapat memperbaiki diriku, akan ku terima  sebaiknya.

Kali ini ingin ku menyentuh mengenai jodoh.. Perempuan dan lelaki mempunyai naluri, hati, fizikal dan pada keseluruhannya banyak perbezaan.. zaman sekarang, dapat dilihat pergaulan begitu bebas, seolah tiada batasan antara keduanya. Pergaulan yang pada sesetengahnya mereka anggap biasa padahal dalam ISLAM menegahnya. Walauapapun jodoh seseorang itu memang sudah tertulis, dengan siapa, bila masanya nikah, sudah lama berkenalan, baru berkenalan, dan sebagainya sehinggakan ada yang meninggal apabila esuk mahu bernikah.. Itulah yang dinamakan takdir Allah. Dapatanku, perempuan sekarang lebih berani, tidak malu untuk menyatakan apa apa, dan kadangnya lebih berani dari lelaki. 

Lain pula bagi diriku. Aku akan cuba sedaya upaya membataskan pergaulanku, kerana bagiku selagi diriku belum bernikah, aku tidak seharusnya menukarkan keutamaanku dengan keluarga semata2 demi hubungan yang belum tahu sampai mana.. Bukan tidak hirau, dan bukan tidak menghargai bahkan bukan mengambil kesempatan, alangkah indahnya apabila perempuan tahu begitulah caranya untuk kedua hati tidak tersakiti apabila jodoh tidak kesampaian. Ada juga yang mengatakan apabila sudah bertunang itu, kita ke level perhubungan yang seterusnya, untuk pasangan itu sentiasa behubungan, keluar bersama sama.... dan  saya kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Kerna itu bukan diriku dan jika itu yang terjadi pada diriku, aku rasa tidak berapa selesa dengan keadaan itu. Jangan tanya aku mengapa, sedang aku tidak tahu jawapannya kerna itu memang apa yang ku rasa. Kerna bagiku, pernikahan itulah fasa kehidupanku yang pertama, yang akan mempunyai pelbagai dugaan yang harus ditempuhi. "mengapa harus fikirkan rasa mu saja fahmi?" "mengapa begitu pentingkan diri sendiri?". akan ku jawab, apa perbuatan ku itu mendatangkan negatif? atau apa perbuatan ku itu tidak bertanggungjawab? atau ada kesalahan besar? atau memang tidak masuk akal apabila difikirkan?.

Berjumpa tidak berjumpa, bukan masalahnya.. Kerna aku merasa, perlu nilai dengan hati dan akal fikiran.. Jangan ikut hawa hati yg khayal dengan percintaan sebelum nikah. Tanamkan percintaan selepas nikah agar hati bersatu sehingga ke akhirnya.

Cincin bermata satu - Peringatan dari kedua ibu-bapa pertunangan bukan ikatan yang halal. Batasan agama kena jaga agar rumahtangga yang dibina menepati kehendak agama.


No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT