Aku dengan sifat ku yang memang sukar untuk difahami, sedang aku sendiri tekadang tidak faham mengapa aku tetap melakukan sesuatu yang di mata orang lain kadangnya suatu kebodohan. Tidak mengapa asal ia menjadikan hatiku senang dan terkadangnya bercampur stress.
Kehidupan ku memang bukan seperti orang lain, yang mungkin berjaya sejak awal lagi dan mungkin juga tidak seperti anak bungsu yang mungkin selalu mendapat perhatian orang tuanya. Kadang aku cemburu dengan kehidupan orang lain yang berjaya dalam segalanya. Tetapi cemburu itu membuatkan aku cuba sedaya upaya untuk mendaki gunung, ingin mendapat kehidupan seperti mereka. Namun setiap kali percubaan ku, aku di duga dengan kegagalan. Aku sudah muak dengan kegagalan, dan aku sudah tau apa itu erti kegagalan, kadangnya aku tidak perlukan motivasi dari orang untuk memberi aku semangat untuk terus berjuang, kerana aku memang berjuang dan mencari jalan dan usaha untuk berjuang..
Walauapapun, aku akan usahakan satu persatu apa yang ku hadapi dalam kehidupan ini, walau sukar, tapi tetap akan ku cuba dan usahakan.

No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT