AddyFahmi

AddyFahmi

Sunday, June 1, 2014

Complicated Me..

Wahh.. Untuk berhijrah bukan sesuatu yang mudah, setelah memulakan langkah untuk berhijrah, airmata ku ini sentiasa membasahi pipi dengan dugaan kecil yang Allah berikan, dugaan perjalanan kehidupan yang memang banyak dengan cabaran, dugaan keluarga yang Allah berikan, dugaan dalam perhubungan yang Allah kurniakan, dugaan dalam menjaga kesabaran dan banyak lagi.. Pada awalnya, aku marah dengan Allah, kerana setelah ku cuba melangkah kearah kebaikkan kenapa Allah beri aku dugaan yang kadangnya aku rasa tak tertanggung.. Tapi akhirnya aku mengetahui bahawa bertambahnya kematangan dalam kesabaran dan mengawal diri adalah antara hikmah yang diberikan.. Terima Kasih Ya Allah.. Ampuni dosaku kerana berburuk sangka kepadamu..

Aku cuma manusia biasa bukan dilahirkan sebagai para anbia, justeru aku mempunyai beberapa kelemahan yang perlu di perbaiki, walaupun itu bukan alasan semata2. Solat lima waktu, memang tidak dinafikan menguji kesabaran dan tertinggal itu suatu yang aku hendak perbaiki setiap hari.. 

Baiklah cerita seterusnya mengenai perhubungan,ini antara dugaan yang Allah berikan.. Memang betulah kata pepatah, kita Merancang Allah yang menentukan, perancanganku terkacau sedikit oleh kerana beberapa sebab, sebab yang boleh diterima akal.. Tetapi agak menganggu hati dan minda ku.."menyamal?" Urmm sort of.. Hehe.. Tapi tidak mengapa, itulah yang antara ku usahakan.. Ikut hati, binasa.. "The time will come" itu yang sentiasa bermain dalam minda dan hatiku, sabar dan terus sabar sambil menikmati kehidupan, santai dan relax. Tapikan fahmi.. Kenapa kau memilih untuk berhubungan sedemikian? Tidak berjumpa, tidak berkomunikasi, tidak segala-galanya rasa-rasanya.. Oh ya.. Itu soalan yang sangat sukar dengan jawapan yang suangat mencabar kerana takut di salah ertikan.. 😄 walau apapun saya cuba jawab soalan tersebut..

Mungkin oleh kerana ku bekerja sejak umur 17 tahun dengan keadaan politik pejabat dan cabaran kerja banyak mengajarku dalam erti mengenal kehidupan yang sebenarnya.dan cuma Alam Mimpi sahaja.. Manusia apabila dia bermimpi indah, seolah dia tidak ingin bangun2 lagi dari mimpi tersebut dan kecewa setelah terjaga dari mimipi kerana Alam Realiti tidak seindah mimpi, itulah mimpikan cuma mainan tidor.

Begitu juga dengan perhubungan, hati cuma satu, berhati2 dengan hati.. Kerana hati boleh retak dan kerana hatilah banyak yang bunuh diri.. Kita bertuhankan Allah.. Serahkan hati kita kepada Allah dalam perhubungan. Banyak yang mengatakan aku kejam dan pentingkan sendiri dengan caraku.. , aku ada caraku tersendiri.. Wanita ini ibarat intan permata.. Perlu di jaga, bayangkan kalau permata tersebut selalu di pegang dan di banggakan.. Peratus untuk jatuh dari tangan tiada siapa yang mengetahui.. Apabila sudah permata jatuh dari tangan dan retak seribu, hilanglah keasliannya dan hatipun retak lebih beribu ribu.. Make sense? Begitu juga kalau di pamerkan dan dikongsikan pada orang lain bahawa kita mempunyai permata.. Peratus untuk di curi permata tesebut lebih tinggikan? So lebih baik di diamkan.. Bukan kerana tidak menghargai.. Tetapi kerana harganya tidak ternilai. Begitu juga dengan hati perempuan.. Kalau hatinya kita pegang dan kita rasa hatinya kita yg punya, dan tiba2 suatu hari nanti kita atau sebaliknya berubah fikiran.. memang sakit tahap maximum rasanya.. So jangan mengharap apa yang belum ada ketetapan tarikh untuk kita menikahinya.. Waima dia girlfriend atau tunang.. Selagi belum ada akad selagi itu ada jarak.. Kerana jarak tersebut mungkin boleh meringankan kesakitan hati apabila disakiti.. Oh masih kejamkah aku dengan jawapan tersebut? Biar aku tambah.. Tidak dinafikan kita kadangnya cemburu dengan hubungan orang lain.. Dan aku cemburu pula dengan mereka yang bercinta selepas nikah.. Laksana cinta zaman orang tua kita.. Yang dijodohi dan perhunbungannya kekal lama.. Mana satu yang diinginkan? perhubungan yang kurang dengan dosa.. Ada yang mengatakan kalau tidak mengusakan perhubungan, jodoh tidak akan kemana.. , itulah namanya jodoh.. Semuanya rahsia Allah.. Aku mengimpikan sebuah istana, bukan sebuah rumah biasa.. Waima istana mungkin sukar, hampir hampir istana pun bolehlah.. So setakat ini siapa yang selfish? 

Mungkin semuanya dikatakan cuma alasan dan ayat manis.. Biar hati awda yang menilai dan masa yang menentukan.. Seandainya faham lebih baik.. Relax, santai dan jalani dan perbaiki kehidupan.. Segalanya memang sudah tertulis.. Andai ia sakit untuk dilalui.. Tahan, sabar.. Andainya tidak sabar.. Pilihlah jalan yang terbaik untuk awda... Mungkin kita kurang berdoa menyebabkan bahtera yang kita layari semakin sukar?

Im complicated.. 


No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT