Antara hikmah menyembunyikan pertunangan;-
- Perkara belum pasti terjadi atau berlangsung pernikahan tersebut (kita merancang, Allah yang Menentukan).
- Antara kedua pihak masih lagi ajnabi, untuk mengelakkan daripada fitnah dan perbualan umum.
- Mengelakkan daripada niat tidak baik untuk menjatuhkan/meleraikan ikatan pertunangan.
Maka secara kesimpulannya, semoga kita semua dijauhkan daripada sifat2 mazmumah. Bagi sahabt2 yang telah meraikan pertunangan, mahupun bakal meraikan, didoakan ukhuwwah Islamiyah akan terus mekar subur serta pertunangan kekal ke pernikahan.
Astaghfirullahazim, semoga ALLAH mengampuni segala dosa-dosa yang kita lakukan samada sedar atau pun tidak.
Sumber : Halaqah.net, penulisan blog Bicara Qalbu, Ummu Saif
Macam dah jadi suatu trend pula yang majlis bertunang buat secara besar-besaran pada zaman ini. Semua nak buat majlis tersebut secara “grand” dan hebat! Biar jiran-jiran berkata .. “Wah .. hebatnya majlis pertunangan anak kamu ni”
Apa yang terbaik?
Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Memadai untuk sanak saudara dan juga jiran terdekat sahaja. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.
Jika benar-benar nak mengikut seperti kehendak Islam – Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)
Lain-lain yang perlu tahu tentang pertunangan ..
a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
b. Haram ber"dating" tanpa disertai mahram yang thiqah (boleh dipercayai)
c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
g. Awas daripada bertukar gambar.
h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Apa-apapun, jangan kerana nak seronok dan gah sebentar tapi kemudian hari malu sahaja yang dapat!

No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT