AddyFahmi

AddyFahmi

Monday, July 14, 2014

Aku dengan pendirianku

Diriku mempunyai pendirian tersendiri. Kadangnya aku sedar yang diriku tidak mahu mengambil nasihat orang lain, walhal aku sering memikirkan nasihat tersebut, adakah ia boleh di aplikasikan dalam kehidupan ku ataupun tidak.. Kalau sekiranya boleh, akan ku cuba serapkan dalam kehidupanku.. 

Sekarang sudah memasuki 7 bulan selepas tarikh keramat tersebut. dari perancangan awal, Oktober mungkin menjadi tarikh baru dalam kehidupan.. Namun Allah maha besar dan lebih mengetahui perancangan tersebut. Cuma bagi diriku, tetapkan pendirian, bincang sebelum membuat keputusan. Bermakna syarat awal yang telah diberikan, ku terima dan akan ku tunaikan.Tetapi semakin hari semakin mencabar kesabaranku. Kadangnya ketulusan ku seolah semakin di pertikaikan..  Tidak mengapa, kalau Allah mengkehendaki maka akan terjadilah apa yang dikehendakinya.. Walaubagaimanapun Syariat agama tetap akan ku dahulukan walau seringkali ku goyah dengan pujukkan bisikan iblis laknatullah.. 

Pernah ku cuba menerangkan keadaan ini kepada teman sepejabat yang lebih tua, dan mempunyai keluarga, suami dan beberapa orang anak.. Ada yang hairan kerana, masih adakah di zaman ini, tetapi rata2 mengatakan untuk ku meneruskan sahaja cara ku ini, kerana mereka mengatakan itu yang lebih baik. Tetapi jika di amat amati.. Memang menghairankan dan mustahil. Cuma tiada yang mustahil kecuali kita cuba mengusahakan.

Pelbagai dugaan yang ku hadapi, dugaan  yang timbul dalam keluarga, walau bukan  diriku yang bermasalah, tetapi keluarga akan tetap diutamakan terlebih dahulu, dugaan dalam pejabat, dugaan dalam meneruskan pelajaran dan sebagainya.. Semua dugaan ku tempuhi satu persatu, bukan tidak mahu berkongsi masalah, cuma lebih baik mendiamkan, kerana kadangnya secara tidak senghaja membuka aib sendiri dan keluarga.. Tetapi tetap ada yang tidak faham. 

Masalah pelajaran, ku akui mungkin diriku  tidak sehebat mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi, tetapi aku masih mempunyai semangat untuk mendapatkannya.. Untuk meneruskan pelajaran ku. Memang untuk belajar tidak mengira usia, tetapi rancanglah untuk masa depan. Fikirlah kedepan.. Sudah berumah tangga baru mahu belajar lagi?, kan kadangnya boleh menganggu masa bersama keluarga.. Mengapa tidak di usahakan selagi waktu masih lagi menyebelahi? Umur masih lagi membolehkan ingatan dan semangat belajar membuak buak.., apabila bekeluarga, dengan mempunyai anak dan komitmen lain, bukankah itu menambahkan beban?  Ya benar, masih ada mereka yang berumah tangga tetap meneruskan pelajaran, tetapi setiap individu itu lain.. Peratus yang meneruskan pelajaran rata rata untuk menaikkan taraf kehidupan. So lebih baik usahakan sebelum berumah tangga. Untuk diriku.. Cukuplah sebelum ini banyak yang ditempuhi, tidak ku mahu menambahkan beban dan akhirnya komitment terhadap keluarga terbiar. 

Sekarang, syarat utama ku tunaikan, "selepas belajar". Itu syarat yang pertama diberikan padaku. bermakna semuanya masih terbatas.. Andai ada tembok yang goyah, pertahankan. Andai ada dinding yang retak, perbaiki. Ketahuilah, untuk ku menunaikan syarat tersebut bukan sesuatu yang mudah bagiku. Jadi, hayati artikel yang telah dikongsikan.. Fahami dan aplikasi.. If islam is your way of life.. Be it.. Walau tidak sesempurnanya, tetapi aplikasikan.. 

No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT