AddyFahmi

AddyFahmi

Monday, July 21, 2014

Pertunangan

Baru-baru ini rakan sepejabat mengongsikan yang anaknya dah pun putus tunang.. Dan tidak lama kemudian rakan saya pula ada masalah dengan tunang, sehinggakan mahu melepaskan tunang..

Sungguh hebat dugaan bertunang ye.. Walauapapun setiap insan mempunyai dugaan masing2, dan setiap individu mempunyai pendapat dan cara yang tersendiri. Berbagai artikel mengongsikan perihal bertunang.. Jangan sampai tersalah baca artikel yang mendorong diri untuk berfikiran negatif sudah.. 

Bagi pendapat saya sendiri, bertunang bukanlah tiket untuk kita berhubungan laksana suami isteri apatah lagi sebagai boyfriend dan girlfriend yang memang bukan mengikut syariat islam. Tetapi untuk zaman sekarang, apabila mengikut syariat islam, banyak pandangan negatif yang keluar dari minda kedua pihak..yang mengakibatkan pertengkaran kecil berlaku. Di sini kedua belah pihak perlulah matang dalam berbicara dan meluahkan rasa hati, jangan sampai apa yang di luahkan menyebabkan salah seorang berkecil hati, dan salah seorang menganggap ianya kebudak-budakkan. Ingin saya mengulas salah satu artikel yang saya baca..katanya..

Kita bukan sahaja hanya dibenarkan berjumpa di rumah perempuan, kita juga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki. Saya rasa ini tidak salah lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai lelaki (dan juga perempuan) yang bertopeng. Seorang lelaki mungkin sudahpun beristeri semasa melamar seseorang perempuan. Tunang perempuan dan keluarga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki bagi merapatkan hubungan asalkan mendapat persetujuan keluarga lelaki. Kalau keluarga lelaki setuju tetapi mendapat tentangan dari tunang (lelaki), maka mungkin ada udang di sebalik batu!

Petikan ini, mempunyai pemikiran yang negatif dengan mengaitkan zaman sekarang untuk membolehkan perempuan bertandang ke rumah lelaki. Sebagai wanita, perlu ada sifat wanita muslimah yang menjaga mahkota dan sifat malu dalam diri, bukan di larang, tetapi, ada baiknya perempuan jangan terlalu move foward.., walaupun keluarga lelaki setuju.. Ini bukan hubungan dia dengan keluarga, yang hendak membina keluarga ialah pasangan.. Walaupun ada pepatah mengatakan, pinanglah hati keluarganya.. Lantaran itu, apabila sudah beranggapan jika mendapat tentangan dari lelaki, ada udang di sebalik batu, bermakna belum kuatlah kepercayaan perempuan tersebut terhadap lelaki itu.. Sekiranya ini terjadi, maka perlu berfikir semasaknya samaada untuk bersabar atau tidak dalam hubungan tersebut. Islam itu indah, dan islam itu mempunyai banyak rahsia yang menarik. Andai pahala itu kita nampak, mungkin manusia berduyun2 melakukan amal ibadah, begitulah kebahagiaan, adakah nantinya kita akan bahagia atau tidak, semuanya rahsia, cumanya kita perlu berusaha untuk menjaga tatacara sebagai seorang muslim dan muslimah yang mendapat keredhaan Allah..

Berhati2 dalam mengorak langkah.. Ini bukan antara pasangan dan keluarga, tetapi ini antara pasangan itu sendiri dan di perkuatkan oleh keluarga..

No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT