AddyFahmi

AddyFahmi

Monday, July 28, 2014

Ramadhan/Syawal 2014

Ramadhan kini kau berlalu pergi di sambut dengan takbir hari raya aidilfitri, sayu rasa dihati, kerana terasa belum puas ku menikmati bulan ramadhan.. Ramadhan kali ini mempunyai kenangan yang sangat bernilai bagiku, semoga amal ibadah yang ku lakukan akan di terima oleh Allah Subahanahu Wa Taala dan semoga di ketemukan dengan malam lailatulqadar. Banyak rahsia Allah yang kita tidak ketahui dan banyak lagi dugaan Allah yang perlu di tempuhi... Allah maha besar. 

Apa yang bakal belaku sepanjang saki baki seterusnya untuk tahun ini dan tahun yang mendatang pun tidak ku ketahui, kahwin? Meneruskan pelajaran? Suka duka? Semuanya masih dalam rahsia Allah.. Manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan. Kadangnya manusia tidak sabar untuk mengetahui apakah lagi kebaikkan yang Allah berikan tanpa menyedari yang mereka mengetepikan dugaan yang perlu di tempuhi.. 

Diriku hamba Allah yang masih banyak kekurangan.. Yang masih lagi berusaha untuk terus istiqamah dan mujahadah, melengkapkan sembahyang lima waktu, belajar menjadi insan yang penyabar dan banyak lagi perubahan yang perlu di lakukan.. Terkadang manusia tidak faham akan perihal permasalahan setiap individu dan Allah lah yang maha mengetahui. Ada yang mementingkan duniawi, terlalu asyik dengan perasaan cinta, konon menjaga hati setiap pasangan, menjaga hati hubungan kekeluargaan, tanpa menghiraukan murka Allah, perlu di ketahui, apabila kita menjaga diri dari murka Allah, dengan sendirinya kita akan menjaga hati manusia.. Hati manusia cepat luntur dan cepat sakit hanya kerana sedikit calar.. Tetapi apabila kita serahkan pada Allah.. InShaAllah semuanya akan menjadi yang terbaik..

Ya Allah, aku memohon kepadamu, permudahkanlah segala dugaan yang kau berikan kepada ku, terus jadikan aku orang yang sentiasa bersabar. Dan kurniakan daku jodoh yang dapat membahagiakan diriku, ahli keluargaku, baik untuk diriku dan dunia akhirat serta dapat membimbing aku ke jalan syurgamu. Jikalau takdirmu mengizinkan aku mendirikan masjid tahun ini, permudahkanlah, jika tahun yang mendatang kukuhkan kesabaranku, jika aku perlu tempuhi banyak lagi dugaanmu maka berikanlah aku kekuatan untuk ku menghadapinya.. Semoga semua di atas jalan yang engkau redhai.. 


No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT