Alhamdulillah, beberapa hari yg lalu satu pendekatan yang lebih baik.. Situasi yang selalu saja bermain di minda terluah hampir keseluruhannya.. Sahabat kadangnya boleh menjadi teman yang baik tapi kadangnya boleh menjadi racun yang tiada penawarnya.. Sesi 'HoT Seat' hampir memakan masa 5 jam, selepas balik dari kerja, terus zoom ke rumah seorang rakan yang tertanya2 mengapa menjauhkan diri dari kdia.. Kadangnya pengalaman hidup mengajar kita dalam menempuhi ranjau kehidupan, dan pengalaman hidup mematangkan diri.. Kematangan bukanlah datang dengan sendirinya, tapi kematangan bagi diriku ialah sesuatu yang mesti di pelajari dan di hadapi yang nantinya menjadi bahan untuk pembaikkan di masa akan datang.. Mencecah umur 25 tahun ke atas, bepikirkan matang mesti ada pada diri seseorang, berfikiran ke depan, dan bukanlah masih befikiran seperti ke budak budakkan.. Walauapapun.. Terlerai sudah apa yg menjadi tnda tnya.. Hati setiap insan berlainan, ada yang Mudah rapuh dan ada yang tidak, ada yang banyak menerima negative dari positif dan ada yang terus memikirkan negatIf melebihi positif, dan ada yang terus menilai seseorang dengan keburukkan sedangkan yang mereka nilai buruk sangat, menghargai erti persahabatan..
Yaa.. Itulah.. Sesi luahan rasa, seolah hujan peluru menembak ke arah ku.. Beberapa sikapku tidak digemari rakan, scarstic.. Yaa itu perkataan yang sesuai.. Hahh.. Oh kalau itu memang sikapku.. Aku cuba perbaiki, tapi apabila negatif mu terhadap ku terkumpul dan semakin banyak.. Apapun yang ku lakukan tetap mempunyai pandangan negatif dari dirinya.. Tidak mengapa.. Akhirnya segala persoalan terjawab dan akhirnya apa yg di salah ertikan kepadaku banyak jauh dari yang di fikirkan..
Apa yang dapat ku katakan.. Nilai dengan mata hati bukan dengan perasaan, kaji seseorang dengan sebaiknya sebelum menilai.. Hargai seseorang sebelum ia pergi.. Dengar nasihat yang boleh memperbaiki diri, sebelum menjilat air liur sendiri. Muhasabah diri, matangkan fikiran.. Dan bukanlah beerti aku ni lebih matang.. Cuma sama sama lah berusaha dalam memperbaiki dan muhasabah diri.. Setiap insan mempunyai masalah yang tersendiri, dan jangan cuma memikirkan masalah sendiri.. Perjalanan kehidupan masih panjang.. Perhatian mesti terus focus terhadap kehidupan mendatang..
No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT