LARANGAN DALAM PERTUNANGAN
Bertunang adalah janji untuk perkahwinan dan boleh membawa fitnah dengan mudah. Kedua-dua mereka tetap dalam kongkongan ajnabi dan dilarang serta diharamkan berdua-duan atau bertemu tanpa ditemani oleh anggota keluarga mahram saperti bapa, abang atau bapa saudara gadis tersebut.
Bergaul mesra dan berdua-duan (khalwat) antara pasangan yang bertunang sebelum akad nikah adalah haram serta tidak diredhai oleh Allah swt. Dalam satu hadis, Rasullah saw bersabda yang bermaksud ”Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berkhalwat (duduk berdua-duan secara sunyi) melainkan mahram ada bersama mereka”.[28]
Daripada Jabir r.a., katanya Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud”Barangsiapa beriman kepada Allah swt dan hari kemudian maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seoarng perempuan yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang yang ketiganya adalah syaitan”
Daripada ’Amir bin Rabiah, katanya Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud ”Jangan sekali-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya”[29].
Perempuan yang berakal dan cerdik ialah perempuan yang tidak memperlihatkan dirinya di hadapan tunangnya sehinggalah selesai akad nikah. Ini kerana dia mesti memikirkan masa depannya dan mengambil kira kemungkinan yang mungkin berlaku yang mesti dihadapi. Dia juga perlu memikirkan jika pertunangannya terputus, lelaki lain tidak akan meminangnya lagi setelah mereka mengetahui perhubungannya dengan bekas tunangnya.
http://aku-mencariredha-mu.blogspot.com/2013/11/pertunangan-dalam-islam.html?m=1
No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT