AddyFahmi

AddyFahmi

Monday, January 5, 2015

2015!

Okay, Hmm where to start?? 

Alhamdulillah Tahun 2015, Jantung masih lagi berdegup dan masih lagi menghirup udara segar, Allah masih beri peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi yang hanya pinjaman. 2014, Pelbagai dugaan dan rintangan yang di hadapi, walaubagaimanapun, semua rintangan terkadang di isi dengan kegembiraan. 



2014, Akhirnya dan bersyukur kehadrat Allah kerana memberiku peluang untuk memegang ijazah National Diploma, mungkin kelulusan yang tidak begitu tinggi, namun dengan rintangan yang ku hadapi, ku rasa ia adalah sangat bernilai bagi ku. Pada mulanya hampir mengalah, tetapi berkat kesabaran dan usaha.. Allah terus mengukuhkan semangatku hingga ku berjaya.. Mendapat teman yang memberi sokongan padaku juga salah satu anugerah yang sangat besar bagiku.

Selang beberapa bulan mendapat kelulusan tersebut, Alhamdulillah Allah beri lagi rezeki untuk merima Anugerah Penyiar Berita Melayu TV popular, dan ianya adalah satu penghargaan yang sangat berharga.. Perasaan yang tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata.

dan sekarang 2015, Cuma menunggu keputusan samaada dapat sambung belajar keluar negeri ataupun tidak. Tidak sabar sebenarnya untuk mengetahui keputusannya.

Fahmi?? Siapa Fahmi?? Fahmi seorang lelaki beumur 27 tahun yang sudah bekerja semenjak umur 17 tahun dan telah melalui bermacam-macam pengalaman. Bukan hendak mengatakan diri ini matang, tetapi mungkin kerana pergaulan, kerana pergaulan banyak di kelilingi dengan rakan-rakan 30an keatas yang boleh ku anggap sebagai ibu dan kakak.  Terkadang hati ini sudah malas untuk melayan masalah hal remeh temeh dan sudah muak untuk memikirkan masalah yang dapat difikiran sendiri dan selesaikan sendiri. Saya seorang yang COMPLICATED, terkadang aku sendiri pun tidak tahu apa yang sebenarnya ku mahu. Namun yang ku tahu.. "I just want to be Happy and Free" seorang yang siok sendiri dan terkadang lebih mementingkan kepuasan diri sendiri. Oh Well... bahapa jua kan memikirkan untuk kepuasan orang lain sedangkan diri merungut. kepuasan diri sendiri is, Apabila semuanya hasil tangan sendiri, usaha sendiri, ikhtiar sendiri, pengalaman sendiri, keseronokkan sendiri, dan banyak lagi yang penting yang membuatkan hati ini riang gembira.

Dikenali sebagai seorang lelaki yang mesra.. namun juga di kenali sebagai lelaki yang sensitive dan cepat marah. Memang, aku seorang yang mudah cepat bosan, tidak suka kepada banyak pertanyaan, dan selalunya lebih suka menyendiri. Cuma, yang mengenali ku akan mengetahui diriku yang sebenar.

Azam 2015, sentiasa ingin menjadi yang baik dan terbaik terutamanya sebagai Hamba Allah. Perjalanan hidupku nampaknya semakin sukar untuk di lalui, terutamanya berkaitan dengan hubungan. Sekarang apabila kita menilai remaja sekarang ini dalam percintaan, mereka lebih melihat kepada kepuasan hati dalam bercinta, kepuasan untuk di manjai dan untuk di beri perhatian. sedang Cinta itu sesuatu yang sangat berharga dan mahal nilainya. Jagalah cinta itu hanya untuk yang layak untuk di beri cinta. Untuk diriku, memang dari dulu lagi rasa janggal untuk berduaan sama wanita,  untuk menjaga ikhtilat ku, akan ku cuba jaga perhubungan sebaik yang mungkin. Alangkah difahami.. namanya janggal, aku tidak suka bergambar apatah lagi bergambar rapat sampai mencecah badan ke badan, aku hanya akan begambar mengikut mood, tidak gemar dengan perempuan yang ringan tangannya untuk menampar badan lelaki atau mengampas manja badan lelaki, dan aku tidak suka untuk dipinta memberikan perhatian sepenuhnya kepada wanita yang belum miliku sepenuhnya. Layananku akan cuma ku bagi pada wanita atau perempuan yang bergelar ISTERI sahaja. Jadi jangan hairan kalau layananku hanya layanan biasa. InshaAllah kalau ada jodoh tidakkan kemana...




No comments:

Post a Comment

THANK YOU FOR YOUR COMMENT