
Untuk memahami hati seseorang memang sukar, dan menyelidiki apa perasaan perempuan memang telah ku lakukan. Betapa perempuan ini terkadang terlalu mengikutkan perasaan kerana ingin di manja, ingin di beri perhatian, ingin di tunjukkan kasih sayang, ingin segala galanya, sehingga kadangnya apabila tidak di penuhi keinginannya, hatinya mula memberontak, mula berfikiran negatif tentang semua perkara, mula mengeluarkan kata-kata yang senang di ungkap tetapi pedas untuk di terima. Ketahuilah, lelaki pun inginkan perhatian, inginkan di manja, inginkan kasih sayang cuma dalam konteks yang berbeza. Mungkin ada sedikit ego tetapi mungkin approach yang bersesuaian akan menyenangkan hati lelaki tersebut.
Sekarang keadaan agak bercelaru, kerana masing-masing menjaga hati masing-masing supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan perasaan, dan ini menyebabkan perbuatan dan perkataan terbatas. Cuma aku sudah pun mengongsikan banyak tentang diriku dan permasalahan ku..dan perlukan ku memberitahu bagaimana untuk memahami perasaan ku?
Memang kedua-dua belah pihak mempunyai masalah. Tetapi dalam perhubunganan, berhati2lah sebelum bertindak terutama perkataan. Aku tahu layananku bukan seperti layanan lelaki lain yang memberikan kasih sayang, yang mesra, yang romantis dan sebagainya... percayalah di lubuk hati ini, perkara itu ingin ku lakukan, tetapi prinsip ku cuma untuk insan yang bergelar isteri yang sah.
Seharusnya sudah faham dengan keadaanku, aku bekerja dan bekerja bukan sesuatu yang tidak meletihkan, apabila sudah letih otak dan perasaan ini kebanyakkan penuh dengan emosi, tambahan aku bekerja dari pagi sehingga malam dan tambahan lagi sedang menuntut pada sebelah malam... keletihan yang berganda. Masa untuk bersama rakan-rakan dan yang utama masa untuk bersama ahli keluarga sangatlah sedikit dan jangan berharap untuk diriku memberi masa sepenuhnya untuk mu.
Sekarang aku kesedihan ku beganda, kerana berulang kali benda yang sama terjadi. Dirimu memikirkan perkara yang perasaan mu memberitahu itu dan ini terutama negatif.. mengapa saya selalu katakan neatif.. kerana benda yang remeh pun menjadi bahan kesedihan oleh kerana semata-mata satu pihak tidak menurut apa yang dimahukan hati dan bukan seperti yang di harapkan... mau kah ku betindak sedemikian? cuba fikirkan apa kebaikkan terlebih dahulu dan jgn terlalu memikirkan sangat tentang keburukkan... malas kan cakap panjang... kalau semuanya sama sahaja... jujur aku lelah,
No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT