apabila ibu mengandungkan diri,
apabila ayah mengendong ku,
alangkah indah jika ku dapat merasainya,
apabila kegembiraan ibu dan ayah mendapatku,
apabila kegembiraan mereka menjaga ku,
dapatkah ku membalasnya?.
dunia apa kah jawapan mu pada soalan ku?
langit apakah aku dapat membalas jasa mereka?
mengapa aku tidak terus di gendong oleh orang tuaku?
dapatkah ku berharap hanya pada mereka?
kerana aku dan hatiku lemah untuk menghadapi semua ini.
huh,apabila diriku di bawa arus dunia,
apabila diriku di timbus dengan kemodenan teknologi,
kegembiraan ku akhirnya semakin binasa,
menghadapi liku-liku kehidupan siang dan malam hari,
menanggung kesedihan,keperitan oleh kejahatan manusia,
sampai bila kah akan ku di perlakukan begini?
fahmi L.S
No comments:
Post a Comment
THANK YOU FOR YOUR COMMENT